Henti desak kerajaan isu PPSMI
Tuesday, 8 November 2011
2011/11/08
KUALA LUMPUR: Individu, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini diminta segera menghentikan desakan kepada kerajaan berhubung isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jika pelaksanaannya diteruskan ia boleh merugikan pelajar di kemudian hari.Yang Dipertua Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata desakan mengikut emosi semata-mata tanpa mengkajinya lebih mendalam, bukan menggambarkan cara masyarakat bertamadun, sebaliknya terikut-ikut telunjuk sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu berkenaan.