Terengganu nafi bocor soalan
Saturday, 19 November 2011
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2011/11/19
Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlangKUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon.
“Pencapaian cemerlang calon UPSR di Terengganu sejak 11 tahun lalu hasil kerja keras murid, guru dan pegawai Jabatan Pelajaran peringkat negeri serta daerah. Sejak 2000, kerajaan negeri mengadakan kelas tambahan untuk calon dan memberi insentif kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam.
“Bermula 2009 pula, kita membekalkan e-book atau komputer riba mini kepada setiap murid Tahun Empat yang mengandungi sukatan pelajaran serta lebih 40,000 soalan latih tubi UPSR,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini semalam.
Pengumuman keputusan UPSR 2011 kelmarin menyaksikan 3,548 daripada 22,801 calon di Terengganu mendapat semua A, iaitu pencapaian terbaik di seluruh negara untuk 11 tahun berturut-turut.
Berita Harian Online: 19 November 2011